BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 28 July 2011

LATIHAN KESELAMATAN

Pada hari rabu yang lalu, SMK Ungku Aziz telah mengadakan latihan keselamatan untuk pelajar-pelajar. Ini bertujuan bagi menjamin keselamatan pelajar agar pelajar tahu cara-cara untuk melindungi diri. Latihan ini telah di jalankan sewaktu sesi ko-kurikulum pada waktu petang . Pihak sekolah telah memanggil Jabatan Pertahanan Awam (KPA) bagi menjayakan lagi majlis ini.









ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM


DSC02283



DSC02298

Pada 4 April 2011 , pihak sekolah telah menyampaikan beberapa anugerah kecemerlangan kepada pelajar yang telah berjaya yang mengharumkan nama sekolah di Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah (MSSD). Tahniah & Syabas kepada atlet SUA. Semoga lebih cemerlang di masa akan datang....

SUKAN TARA 2011


Sukan Tara SMK Ungku Aziz telah diadakan pada 26 dan 27 Januari 2011. Acara tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Sabak. Antara acara yang dipertandingkan adalah 100m, 400m, lompat jauh dan lontar peluru. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan syabas kepada semua guru yang memberi kerjasama sepenuhnya. DASAR 1 MURID 1 SUKAN
 

MAJLIS PERSARAAN


Pada 25 Januari 2011, Majlis Persaraan Pn. Hjh. Kamariah bt. Mat Yatim telah diadakan di Dewan Profesor SMK Ungku Aziz. Majlis dimulakan dengan ketibaan Pn. Hjh. Kamariah menaiki kereta berhias dan disambut dengan paluan kompang pelajar SMK Ungku Aziz. Majlis dihadiri oleh Dato Hj. Warno b. Hj. Dogol, YDP PIBG SMK Ungku Aziz dan Pn. Hjh. Samsiah bt. Dato Hj. Jamaluddin, Pegawai PPD Sabak Bernam. Majlis berakhir dengan acara mengetik “Punch Card” terakhir oleh Pn. Hjh. Kamariah.




MERENTAS DESA SMKUA 2011



Pada 22 Januari 2011 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Acara bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1.10 ptg. Rumah Mahsuri telah menjuarai kejohanan ini. Tahniah kepada semua pelajar dan guru khasnya kepada pihak yang menganjurkan kejohanan ini. 1 MURID 1 SUKAN.


PENDAFTARAN TINGKATAN 1 & AKTIVITI GOTONG-ROYONG



Pada 1 Januari 2011, Pendaftaran Tingkatan Satu telah diadakan di Dewan Profesor SMK Ungku Aziz.. Tahniah diucapkan kepada guru yang terlibat  khasnya guru sesi petang kerana aktiviti pendaftaran berjalan lancar dengan persediaan yang rapi dan memudahkan ibu bapa & penjaga berurusan . Ini meyakinkan ibu bapa & penjaga bahawa SMK Ungku Aziz sentiasa bersedia menerima dan mendidik anak-anak mereka supaya lebih cemerlang. Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kelas dan kawasan sekitar sekolah oleh pelajar lain tingkatan 2 sehinga tingkatan 6 bersama guru masing-masing...      


PERPINDAHAN GURU SMKUA 2011


pertukaran guru-guru dan kakitangan 2011.
Guru yang bertukar keluar adalah
  1. Puan salmah bt Jumain ke SM St Mary, Kuala Lumpur
  2. Puan Mahani Bt Abdul Malek Ke SMK (J) Khor Phay, Pulau Pinang
  3. Cik Noor Afzan Bt Ihwan ke SMk Sg Burong, Tg karang
  4. En Zuhairi Bin Sukri ke SMK Tiram Jaya, Tg karang
  5. En Zainol Azmi Bin Zakaria ke SMK Seri Bedena
  6. Cik Azlina Binti Abdullah ke SMK Dato' Haron
kakitangan yang bertukar keluar adalah
  1. En Isfendi b Ishak ( juruteknik komputer ) ke Pulau Pinang
  2. En Abdul Aziz b Mahadi ( Pembantu Am ) ke Petaling Jaya
Sekolah juga menerima guru baru iaitu:
  1. En Abdul Razak bin Yahya dari Pahang
  2. En Ahmad Firdaus Bin Buhari - penempatan pertama
  3. En G. Joshua Kumar a/l A. Gopalan dari Klang
  4. Pn Mahsuri Chandi Bt Haja Mohideen dari Klang
  5. Pn Tan mei Chen
  6. Pn Nor Asyafa Bt Md fautzie - penempatan pertama
  7. En Mohd Amin B Basri dari pahang
  8. Cik Nor Safarin Bt Abd Rahim - penempatan pertama
Kakitangan yang baru bertukar ke SMK Ungku Aziz
  1. Cik Nor Mashitah Bt Zainon Abedin ( juruteknik komputer ) dari Sabah

ASRAMA SMK UNGKU AZIZ


Asrama SMK Ungku Aziz



Pondok Pelawat



Asrama Aspura



Taman Lestari


Kawasan Riadah Asrama

KAWASAN SEKOLAH SMK UNGKU AZIZ



Persekitraran Sekolah 



Dewan Profesor SMK Ungku Aziz



Block yang menempatkan pelajar tingkatan 3


  
Kawasan Pejabat Sekolah




Kawasan Bilik Guru




MAKMAL KOMPUTER SMK UNGKU AZIZ






makmal komputer ( ict lab )



selesa bagi kemudahan pelajar.



Monday 25 July 2011

LAGU SMK UNGKU AZIZ








MISI SEKOLAH


Dalam Usaha Untuk Menjadi Cemerlang Kami Warga SMK Ungku Aziz Bertekad Dengan Penuh Iltizam Akan Memberi Komitmen Yang Padu Dalam Program Yang Terancang Dan Sistematik Untuk:-

  • Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
  • Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Memupuk sahsiah dan nilai murni dalam jiwa seluruh pelajar
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif

VISI SEKOLAH

SMK UNGKU AZIZ
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG
TAHUN 2010

PELAN SMK UNGKU AZIZ

UCAPAN PENGETUA



Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

SMK Ungku Aziz menjadi sekolah cemerlang tahun 2013. Visi ini pasti dapat dicapai dengan gandingan kerjasama, kerja kuat dan komitmen semua warga sekolah. Semua orang mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kita pasti dapat melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.


Sehubungan dengan itu, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini untuk dapat bersaing dalam dunia tanpa sempadan yang memerlukan individu cemerlang menjadi pemimpin dan peneraju dunia. Saya harap pelajar dapat memanfaatkan kemudahan ICT yang ada untuk meneroka timbunan ilmu yang berguna yang dapat memberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bukalah minda anda memandang jauh ke hadapan seolah-olah anda akan hidup seribu tahun lagi. Hargailah dan bersyukurlah atas nikmat yang Allah berikan kepada kita. Kuatkan iman dan kukuhkan benteng pertahanan menghadapi cabaran di sekeliling kita.


Insya Allah dengan niat yang betul dan menjadikan agama sebagai panduan hidup, warga SMK Ungku Aziz akan membawa sekolah ini ke puncak kecemerlangan.
"BERILMU UNTUK BERJASA"

Sekian, terima kasih.
Pn Hajah Salehar Bt Yaakop

Pengetua Kanan
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz