BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 28 July 2011

LATIHAN KESELAMATAN

Pada hari rabu yang lalu, SMK Ungku Aziz telah mengadakan latihan keselamatan untuk pelajar-pelajar. Ini bertujuan bagi menjamin keselamatan pelajar agar pelajar tahu cara-cara untuk melindungi diri. Latihan ini telah di jalankan sewaktu sesi ko-kurikulum pada waktu petang . Pihak sekolah telah memanggil Jabatan Pertahanan Awam (KPA) bagi menjayakan lagi majlis ini.









ANUGERAH KECEMERLANGAN KO-KURIKULUM


DSC02283



DSC02298

Pada 4 April 2011 , pihak sekolah telah menyampaikan beberapa anugerah kecemerlangan kepada pelajar yang telah berjaya yang mengharumkan nama sekolah di Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah (MSSD). Tahniah & Syabas kepada atlet SUA. Semoga lebih cemerlang di masa akan datang....

SUKAN TARA 2011


Sukan Tara SMK Ungku Aziz telah diadakan pada 26 dan 27 Januari 2011. Acara tersebut berlangsung di Kompleks Sukan Sabak. Antara acara yang dipertandingkan adalah 100m, 400m, lompat jauh dan lontar peluru. Tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dan syabas kepada semua guru yang memberi kerjasama sepenuhnya. DASAR 1 MURID 1 SUKAN
 

MAJLIS PERSARAAN


Pada 25 Januari 2011, Majlis Persaraan Pn. Hjh. Kamariah bt. Mat Yatim telah diadakan di Dewan Profesor SMK Ungku Aziz. Majlis dimulakan dengan ketibaan Pn. Hjh. Kamariah menaiki kereta berhias dan disambut dengan paluan kompang pelajar SMK Ungku Aziz. Majlis dihadiri oleh Dato Hj. Warno b. Hj. Dogol, YDP PIBG SMK Ungku Aziz dan Pn. Hjh. Samsiah bt. Dato Hj. Jamaluddin, Pegawai PPD Sabak Bernam. Majlis berakhir dengan acara mengetik “Punch Card” terakhir oleh Pn. Hjh. Kamariah.




MERENTAS DESA SMKUA 2011



Pada 22 Januari 2011 telah berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Acara bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1.10 ptg. Rumah Mahsuri telah menjuarai kejohanan ini. Tahniah kepada semua pelajar dan guru khasnya kepada pihak yang menganjurkan kejohanan ini. 1 MURID 1 SUKAN.


PENDAFTARAN TINGKATAN 1 & AKTIVITI GOTONG-ROYONG



Pada 1 Januari 2011, Pendaftaran Tingkatan Satu telah diadakan di Dewan Profesor SMK Ungku Aziz.. Tahniah diucapkan kepada guru yang terlibat  khasnya guru sesi petang kerana aktiviti pendaftaran berjalan lancar dengan persediaan yang rapi dan memudahkan ibu bapa & penjaga berurusan . Ini meyakinkan ibu bapa & penjaga bahawa SMK Ungku Aziz sentiasa bersedia menerima dan mendidik anak-anak mereka supaya lebih cemerlang. Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kelas dan kawasan sekitar sekolah oleh pelajar lain tingkatan 2 sehinga tingkatan 6 bersama guru masing-masing...      


PERPINDAHAN GURU SMKUA 2011


pertukaran guru-guru dan kakitangan 2011.
Guru yang bertukar keluar adalah
  1. Puan salmah bt Jumain ke SM St Mary, Kuala Lumpur
  2. Puan Mahani Bt Abdul Malek Ke SMK (J) Khor Phay, Pulau Pinang
  3. Cik Noor Afzan Bt Ihwan ke SMk Sg Burong, Tg karang
  4. En Zuhairi Bin Sukri ke SMK Tiram Jaya, Tg karang
  5. En Zainol Azmi Bin Zakaria ke SMK Seri Bedena
  6. Cik Azlina Binti Abdullah ke SMK Dato' Haron
kakitangan yang bertukar keluar adalah
  1. En Isfendi b Ishak ( juruteknik komputer ) ke Pulau Pinang
  2. En Abdul Aziz b Mahadi ( Pembantu Am ) ke Petaling Jaya
Sekolah juga menerima guru baru iaitu:
  1. En Abdul Razak bin Yahya dari Pahang
  2. En Ahmad Firdaus Bin Buhari - penempatan pertama
  3. En G. Joshua Kumar a/l A. Gopalan dari Klang
  4. Pn Mahsuri Chandi Bt Haja Mohideen dari Klang
  5. Pn Tan mei Chen
  6. Pn Nor Asyafa Bt Md fautzie - penempatan pertama
  7. En Mohd Amin B Basri dari pahang
  8. Cik Nor Safarin Bt Abd Rahim - penempatan pertama
Kakitangan yang baru bertukar ke SMK Ungku Aziz
  1. Cik Nor Mashitah Bt Zainon Abedin ( juruteknik komputer ) dari Sabah